Selamat tinggal Terengganu FC…

0
2292

Desas desus yang mengatakan pemain tengah Terengganu FC (TFC) Mohd Faiz Nasir akan meninggalkan pasukan itu semakin bertiup kencang.

Terbaru, seorang wanita dipercayai keluarga terdekat Faiz telah memuat naik status di IG miliknya yang mengatakan pemain itu kini telah menandatangi kontrak bersama pasukan Melaka United.

“Good luck untuk Faiz Nasir untuk musim yang akan datang 2019. Ibu dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik. Berhijrah untuk lebih mencari kebaikan,” katanya.

Wanita itu turut memuat naik tanda pagar (hashtag) #newlife dan #melakaunitedFC2019 bersama-sama status tersebut.

Pihak PBSNT mahupun Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) bagaimanapun masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Sehingga kini hanya beberapa orang sahaja pemain TFC yang dilanjutkan kontrak musim depan termasuklah tiga pemain import iaitu Lee Tuck, Chantha Bin dan Igor Zonjic.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here