Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Semoga kekal berhijab, walau aku dah takde kat dunia’ – Doa Fadzil Zahari buat Yana Samsudin

Adik kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari berharap agar isterinya aktres, Yana Samsudin terus kekal istiqomah dalam memakai hijab.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil berkongsi gambar bersama isterinya dan anak mereka, Aisy Mateen berserta kapsyen yang menyentuh hati.

“Ya Allah, Ya Tuhanku teruskan istiqomah dalam diri kami.

“Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walauapapun cabaran menimpa.

“Walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini. Amin,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata pengikut mendoakan kebahagian mereka sekeluarga dan berharap agar Yana kekalkan dengan imej bertudungnya sehingga ke akhir hayat.

Sebelum ini, Fadzil dan Yana berkahwin pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén