Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

England guna wang kertas berunsur lemak haiwan

KUALA LUMPUR – Media United Kingdom melaporkan bahawa negara itu ada menggunakan wang kertas yang diperbuat daripada lemak haiwan.

Dalam laporan dua tahun lalu itu, Bank Of England berkata, mereka menerima beberapa aduan daripada kumpulan agama, kumpulan anti pemakan daging kerana mengeluarkan mata wang berkenaan.

“Bank of England telah memutuskan untuk terus mengeluarkan wang kertas plastik walaupun terdapat aduan daripada kumpulan vegan (kumpulan anti pemakan daging) kumpulan keagamaan bahawa wang berkenaan mempunyai lemak haiwan,” kata laporan The Guardian pada 2017.

Dalam laporan itu, wang kertas £5 dilaporkan mempunyai unsur tallow atau lemak haiwan.

Menurut Wikipedia, Tallow adalah lemak haiwan yang mematuhi kriteria teknikal tertentu termasuk titik leburnya.

Tallow komersial biasanya mengandungi lemak yang berasal dari haiwan lain seperti lemak daripada babi, atau dari sumber tumbuhan.

Laporan itu juga berkata, satu petisyen juga dilancarkan menyeru agar penggunaan lemak haiwan dihentikan.

Petisyen itu berkata penggunaan lemak haiwan “tidak dapat diterima oleh berjuta-juta vegan, vegetarian, Hindu, Sikh, Jain dan agama lain di United Kingdom (UK)”.

Sesetengah kuil Hindu di UK juga telah mengharamkan nota £5 pada ketika itu.

Semalam, seorang pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai mengandungi unsur lemak babi.

Prof Dr. Zhari Ismail daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi USM mendakwa proses ada menggunakan lemak babi menghasilkan wang kertas negara ini ada menggunakan lemak babi.

“Ada penggunaan lemak babi dalam pembuatan percetakan wang kertas. Ini kita perlu berita rasmi yang laporan mengenai perkara ini, jadi ini dakwaan dan kita kena ada pengesahan bahawa dakwaan itu benar atau tidak.

“Kalau tanya orang yang terlibat dalam pencetakan wang kertas, memang mereka guna lemak babi,” katanya semalam.

Malah kata Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan itu, pihaknya telah memanjangkan perkara ini kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata BNM kini sedang dalam kajian mengenai dakwaan itu. -MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén