Portal berita terbaik anda

Utama

‘Encik Sajat nak murtad kenapa salahkan orang lain?’ – PU Syed

Nampaknya isu usahawan kosmetik Sajat masih belum reda lagi, apabila tular mengenai videonya didakwa seolah mahu keluar dari agama Islam.

Perkara itu turut mencetuskan kekecohan ramai termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang turut tampil memberikan nasihat kepada Sajat.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed memepersoalkan Sajat yang seolah-olah menyalahkan pihak lain yang seolah menjadi punca dia berbuat demikian.

Kata PU Syed lagi, Sajat tidak sepatutnya meyalahkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya perlu memperbetulkan dirinya terlebih dahulu yang semakin hanyut dengan kemewahan dunia.

“Sajat nak murtad salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial?

“Ambe (saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.”

Ujarnya lagi, murtad bukan jalan penyelesaian kepada pemsalahan tersebut tetapi Sajat perlu kembali ke fitrah asal serta bertaubat kepada Allah.

Loading...

Leave a Reply