Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Enam sekolah di Tanjung Piai bakal dilengkapi dewan terbuka April 2020

PEKAN NANAS – Enam sekolah di Parlimen Tanjung Piai bakal dilengkapi dengan dewan terbuka baharu menjelang April tahun depan.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, inisaitif tersebut telah dimulakan oleh Allahyarham Datuk Dr Farid Md Farik untuk kegunaan dan manfaat warga sekolah dan komuniti setempat.

Enam sekolah yang bakal menerima manfaat dari pembinaan dewan terbuka ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, SK Andek Mori Serkat, SK Batu 24, Jalan Johor, SK Jeram Batu, Sk Pangkalan Raja dan SK Parit Haji Adnan.

“Dewan ini akan digunakan untuk aktiviti perhimpunan, majlis-majlis rasmi sekolah, pembelajran luar bulik darjah, pertandingan sukan dan kokurikulum.

“Peruntukan pembinaan enam dewan ini telah diperuntukkan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan kerja pembinaan akan dimulakan 1 Disember ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah di Sekolah Kebangsaan Batu 24, Jalan Johor pagi ini.

Menurut Maszlee, semenjak menjadi Ahli Parlimen, Allahyarham sering berjumpa dengannya dan meminta bantuan dewan untuk banyak sekolah.

“Tapi kita cuba laksanakan sikit sikit dan antara janji saya dapat buat hujung tahun, tapi sayangnya arwah tiada sekarang untuk melihat sendiri,” ujarnya.

Beliau dalam perkembangan berkaitan mengharapkan ramai lagi swasta dan perseorangan untuk menyumbang kepada pembinaan dewan dewan di sekolah sekolah seluruh Malaysia.

“Kita tahu bahawa kita mempunyai insentif pelepasan cukai untuk mereka yang menyumbang kepada pembangunan sekolah dan kita menggalakkan anggota komuniti dapat menyumbang untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah sekolah supaya sentiasa terlaksana.

“Sebenarnya banyak sekolah di seluruh Malaysia memerlukan kemudahan ini tapi kita mengutamakan dan kebanyakannya menggunakan peruntukan ICU,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Maszlee turut ditanya mengenai tiga bangunan baharu sekolah Tamil di Kluang, Simpang Renggam dan Johor Bahru yang sudah siap dibina tetapi dua tahun terbiar tanpa beroperasi.

Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, bangunan sekolah Tamil di kawasannya akan beroperasi menjelang Februari 2020 selepas masalah kontraktor berjaya diselesaikan kerajaan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén