Empat maut dalam kemalangan libatkan enam kenderaan

0
6333

KUALA LUMPUR – Empat maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan lima kereta dan sebuah treler di Kilometer 445.9 Lebuh Raya Utara selatan arah utara,dekat Rawang tengah hari tadi.

Nahas yang berlaku pada pukul 12 tengah hari itu mengorbankan dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang masing-masing menaiki kereta Perodua Alza dan Toyota Vellfire manakala seorang lagi kanak-kanak cedera parah.

Dalam kejadian tersebut, tiga mangsa dilaporkan cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.02 tengah hari sebelum tiga jentera bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Selayang dan Sungai Buloh bergegas ke lokasi.

“Turut terlibat dalam nahas tersebut ialah tiga buah kenderaan iaitu Toyota Alphard, BMW dan Honda City.

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia dan mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital,” katanya. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here