Empat gerai di Pasar Payang musnah terbakar

KUALA TERENGGANU – Empat peniaga keropok lekor dan makanan ringan kerugian lebih RM50,000 selepas gerai mereka yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 11.30 malam itu dipercayai berpunca tumpahan minyak sewaktu salah seorang peniaga yang sedang menggoreng keropok lekor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Mohd. Zuhan Shafie berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian dalam tempoh dua minit selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.41 malam.

“Sewaktu kami tiba api kebakaran sedang marak, ia berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian pada pukul 12.11 tengah malam tadi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Zuhan berkata, sebuah gerai keropok lekor dan makanan ringan itu musnah seratus peratus manakala dua lagi terbakar 50 peratus dan sebuah lagi cuma terjejas 10 peratus. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *