Elfira Loy rai tahun baharu sebagai isteri

0
95

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon yang juga ahli perniagaan, Elfira Loy sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, pagi tadi.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, upacara yang bermula jam 9 pagi tadi itu berlangsung dalam majlis tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Elfira yang ayu mengenakan persalinan rekaan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini turut memaklumkan berita pernikahannya dengan berkongsi sekeping gambar di Instagram, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Bersama catatan ringkas, Alhamdulillah, perkongsian Elfira itu diiringi ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Pasangan itu terlebih dahulu bertunang dalam satu majlis tertutup pada September lalu.

Hubungan Elfira dan suaminya mula dihidu apabila dia memuat naik gambar bersama seorang jejaka pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: ‘Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan’, mencetuskan andaian dirinya sedang dilamun cinta.

Efira bagaimanapun, ketika ditanya mengenai lelaki itu enggan memberikan sebarang kenyataan, malah menafikan cuba melakukan gimik untuk menarik perhatian umum.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 5 Januari ini di ibu negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here