Tersalah gambar kahwin Elfira Loy, Habib Jewels mohon maaf

0
49

Walaupun sudah seminggu majlis pernikahan Elfira Loy dan Faris K Anuar berlangsung, ia tetap menjadi bualan ramai.

Kehangatannya masih lagi dirasai sehingga ada yang sudah melabelkan perkahwinan pelakon itu sebagai ‘Wedding of The Year’ meskipun baru sahaja memasuki tahun baru 2019.

Tentunya Elfira dihujani dengan ucapan tahniah daripada ramai pihak termasuklah juga syarikat barangan kemas popular, Habib Jewels.

Bagaimanapun, ucapan tersebut agak mengejutkan sehingga menjadi viral selepas Habib Jewels memuat naik foto Elfira bersama bekas tunangnya, Sufian Suhaimi ketika majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada Oktober 2017.

Mengakui khilaf mereka, Habib Jewels bertindak pantas dengan memadam ‘posting’ berkenaan serta memohon maaf kepada Elfira dan Sufian.

Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan kebahagiaan Elfira bersama suaminya.

Fuh! Buat suspen juga Habib Jewels tapi nasib baik mereka cepat bertindak dan mengakui kesalahan tersalah letak gambar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here