‘Dia ada visi masa depan, ibu percaya dia boleh jaga saya’ – Elfira Loy

0
349

PELAKON dan pengacara Elfira Loy mengakui dirinya terpikat dengan personaliti dan keperibadian tunangnya, Muhammad Faris Khairol Anuar.

Biar pun perkenalan berlangsung dengan singkat, perkara terbabit tidak menjadi penghalang untuk mereka membawa hubungan yang terjalin ke peringkat seterusnya.

“Perkenalan kami sangat singkat. Setiap hari saya berdoa kepada Allah, jika benar dia orangnya, rapat-rapatkan. Jika tidak, maka sebaliknya.

“Saya sangat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan Allah. Personaliti yang ada padanya memikat hati saya,” kata Elfira.

Elfira ditemui di Majlis Pengumuman Pemenang Kempen #ThroughTheLens Make Stories Happens AirAsia di Kota Damansara baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here