Portal berita terbaik anda

Utama

Baru tiba di Malaysia, Ebit Lew sudah mula hulur bantuan kepada orang susah

Umum mengetahui, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew baru sahaja pulang ke tanah air selepas beberapa minggu ke Gaza untuk melakukan misi kemanusiaan disana.

Difahamkan, Ustaz Ebit tiba di Malaysia semalam dan terus ke lokasi kuarantin yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tiba di Malaysia, Ustaz Ebit sudah mula menghulurkan bantuan dengan menawarkan bantuan barang dapur kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Pohon doakan ya. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia.

“Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini,” tulisnya.

Menerusi satu entri di Instagram itu, Ustaz Ebit turut menyenaraikan nombor telefon dan mereka yang memerlukan bantuan bolehlah menghubungi nombor terlibat.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pendakwah terkenal itu kerana masih memikirkan nasib rakyat Malaysia meskipun sedang menjalani kuarantin. Terima kasih Ustaz Ebit Lew!

Loading...

Leave a Reply