Ebby Yus terkejut terima kunjungan Najib

KUALA LUMPUR – Pelawak yang berdepan masalah buah pinggang bocor, Ebby Yus, 55, menerima kejutan apabila dikunjungi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Kampung Baru, di sini hari ini.

Najib meluangkan masa semalam setengah jam berbual-bual mengenai banyak perkara bersama Ebby Yus.

Antaranya, Najib diberitahu oleh Ebby Yus yang dia telah menyewa di situ sudah lebih 20 tahun.

Dalam pada itu, Najib turut berharap kerajaan dapat membantu artis yang memerlukan pertolongan seperti Ebby Yus.

“Semasa saya dulu, ada yayasan. Yayasan 1Malaysia yang membantu artis yang dikendalikan artis sendiri.

“Saya bagi dana dari semasa ke semasa. Saya harap yayasan ini dapat diteruskan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply