Portal berita terbaik anda

Viral

Dulu tak mampu buat majlis, suami isteri bersanding lepas 11 tahun kahwin

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, seorang wanita Zack Zafirah gembira kerana berjaya menunaikan hasratnya apabila mengadakan majlis persandingan dengan suami Mus Zain pada 30 November lalu.

Momen terindah itu dilakukan selepas melalui pelbagai liku kehidupan yang serba kekurangan sehingga tidak mampu meraikan hari bahagia ketika melangsungkan perkahwinan pada 2008 dahulu.

“Kami nikah pada usia 15 dan 17 tahun, disaat kawan-kawan seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada telefon canggih nak rekod atau tangkap gambar untuk kenangan. Tiada kerja, tiada duit. Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini,” katanya.

Bagaimanapun menurut Zafirah, dia agak terkilan dengan segelintir individu yang mempersoal tindakan bersanding itu selepas memiliki empat cahaya mata yang disifatkan seakan mahu menunjuk-nunjuk.

Mengimbau kembali kepayahan waktu dahulu, dia dan suaminya hanya mempunyai sebuah motosikal untuk mencari rezeki malah turut melakukan pelbagai kerja demi menyara anak-anak.

Tambah Zafirah, dia amat kagum dengan kesabaran dan pengorbanan suaminya yang sentiasa berada di saat susah mahupun senang dalam membesarkan anak-anak mereka.

“Sepanjang perkahwinan tipulah kalau tiada ribut taufan yang melanda. Hanya Allah sahaja yang tahu. Masa itu darah muda kan? Tapi saya tabik dekat suami, dia seorang yang sangat penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, tak dapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanannya,” katanya.

Loading...

Leave a Reply