Portal berita terbaik anda

Politik

‘Dulu sombong, sekarang baru nak cakap tentang rakyat’ – Annuar tempelak Kor Ming

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menempelak Nga Kor Ming sambil mengingatkan Timbalan Setiausaha Agung DAP itu jangan terlalu sombong.

Kenyataan itu dibuat selepas Kor Ming membuat kenyataan bahawa pembentukan kerajaan pintu belakang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang-undang.

Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata, pembentukan kerajaan secara pintu belakang juga tidak sah di sisi moral kerana tanpa mendapat mandat rakyat.

Mengulas kenyataan keras itu, Setiausaha Agung UMNO itu mempersoalkan kenapa baru sekarang Kor Ming bercakap tentang rakyat selepas dua tahun beliau ‘kencing’ rakyat.

Tegas Annuar, kerajaan yang hilang sokongan, hilang legitimasi.

“Govt that loses the support loses the legitimacy….simple right?..the people??..YES!!…all MPs represent the people..SEBAB ITU JGN TERLALU SOMBONG YB!!..only now you talk about rakyat..for two years you kencing rakyat!,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply