Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Dulu pakai kereta Kancil, kini mampu beli Audi hasil titik peluh jual ayam

Benarlah kata orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita hebat yang sentiasa memberi sokongan di belakangnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Lan berkongsi di laman Facebook mengenai hidupnya bersama isteri, Nur Amyza Ismail dalam membangunkan perniagaan ayam segar milik mereka.

Menurut Lan, segala usaha dan penat jerih mereka selama lebih 10 tahun kini membuahkan hasil apabila dikurniakan sedikit kesenangan oleh Yang Maha Esa.

“Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Ketika kita berada di bawah kita kena buang sifat yang tidak baik dan kita kena yakin kita pun mampu berjaya.

“Ketika kita berada diatas jangan kita persendakan mereka yang berada di bawah kerana kita tidak tahu mereka pun mampu berjaya seperti kita kerana hanya dengan kuasa Allah SWT mampu merubah segalanya.

“Kun fa ya kun, maka terjadilah seperti yang di kehendaknya. Allah SWT Maha Pemberi rezeki kepada yang rajin berusaha,” ujarnya.

Berikutan itu, netizen turut tumpang gembira dan memberikan kata-kata positif serta berharap agar pasangan suami isteri itu terus berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén