‘Duit derma hanya disumbangkan sedikit, bakinya beli kereta mewah’ – Ustaz Abu Syafiq

Semalam, Ustaz Abu Syafiq menarik perhatian netizen apabila memuat naik status mempertikaikan tindakan segelintir individu yang menularkan gambar dan video orang miskin di media sosial.

Menurutnya, perbuatan tersebut boleh mendatangkan aib dan haram di sisi Islam.

Walaupun status tersebut tidak menyebut nama sesiapa, namun rata-rata netizen dapat mengagak ia ditujukan kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit dan telah datang Alor Setar, Kedah untuk menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga seorang warga emas yang uzur dan menghidap penyakit strok. Beberapa keping gambar yang menunjukkan rumah keluarga tersebut yang usang dan dipenuhi sampah telah meruntun hati netizen.

Sementara itu, pada pagi ini, Ustaz Abu Syafiq sekali lagi memuat naik satu lagi status menegur sikap individu dan NGO yang suka bermewah-mewahan.

“Adui. Banyak betul Pertubuhan kutip duit atas nama derma untuk orang miskin. Dapat RM5 juta. Derma RM500 ribu jek. Mana pergi baki RM4.5 juta. Beli kereta-kereta mewah dan kamera mahal kerr?,” tulisnya.

Tidak pasti status itu ditujukan kepada siapa.

Namun, diharapakan jika ada yang tidak kena atau tidak berpuas hati bersemukalah dengan mereka yang berkenaan dan jangan hanya muat naik di media sosial kerana ianya hanya akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka dalam kalangan orang ramai.

Semoga apa jua perselisihan dapat diselesaikan. Jangan kerana benda kecil orang mula pandang serong kepada Islam.

Loading...

25 Comments

  1. Nila anggraini April 21, 2020
    • One April 22, 2020
    • Khadijah April 25, 2020
  2. cik kiah April 21, 2020
  3. joe April 21, 2020
    • Chekli April 22, 2020
      • Abdul Rani April 25, 2020
  4. qisstina mawaddah April 21, 2020
  5. Wan Lukan April 22, 2020
    • no name April 24, 2020
  6. Dharmakatni April 22, 2020
    • Ruslan April 24, 2020
  7. ismail hj sidi April 22, 2020
  8. Nazaruddin Nawawi April 22, 2020
  9. Ali April 23, 2020
    • Abdul Rani April 25, 2020
  10. mhd ruslan April 24, 2020
  11. Zorro April 25, 2020
  12. Khadijah April 25, 2020
  13. Aizar April 26, 2020
  14. Md Kamal April 26, 2020
  15. Barisan pendukung Amal Jariah April 29, 2020
  16. mahini binte abdulla April 29, 2020

Leave a Reply