Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Duda Idaman Malaya sambut kelahiran anak pertama

SEREMBAN – Lelaki yang pernah mendapat jolokan Duda Idaman Malaya, Abil Fikri Ahmad kini bergelar bapa pada usia 50 tahun selepas menyambut kelahiran anak sulungnya jam 1.37 tengahari tadi.

Isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, selamat melahirkan bayi lelaki secara normal seberat 3.1 kilogram di Hospital Putrajaya.

Paling bermakna buat Abil Fikri apabila dia sendiri dapat menemani isteri di sisi, melihat sepanjang prosesnya bersalin.

Berkongsi berita gembira itu kepada Sinar Harian, pakar motivasi itu berkata, isterinya sepatutnya dijangka bersalin pada 24 September tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu kerana berlaku pendarahan.

“Pada waktu itu doktor beritahu kemungkinan isteri akan bersalin dan saya pun ingatkan kami akan dapat anak sempena Hari Malaysia, 16 September. Tapi, nampaknya ‘baby’ tak mahu keluar lagi.

“Jam 7.30 pagi tadi, isteri saya telefon beritahu yang dia sudah ditolak ke bilik bersalin dan Alhamdulillah saya dapat teman isteri melahirkan anak kami,” katanya.

Menurutnya, sejak awal dia sudah bertekad untuk menemani isterinya di bilik bersalin sebagai menghargai pengorbanannya mengandung selama sembilan bulan.

Malah kata Abil Fikri, wajar untuk semua suami menghormati isteri mereka kerana bukan mudah untuk melahirkan seorang anak.

“Selama ini kita biasa dengar saja wanita cakap sakit bersalin tapi kali ini saya tengok sendiri bagaimana isteri menahan sakit dan ia sungguh menginsafkan.

“Sebaik melihat anak saya selamat dilahirkan, air mata saya bergenang dan sukar dijelaskan perasaan gembira dan rasa syukur itu.

“Selepas ini tanggungjawab saya jadi lebih besar dan dengan lahirnya anak saya yang kami berikan nama Aidan Mikhael ini, ia juga penyambung kisah hidup saya yang pernah diberi gelaran duda idaman malaya,” katanya secara berseloroh.

Bekas perunding kewangan itu pernah menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri, Fauziah Muhamad atau dipanggil Gee yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.

Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nor Aida yang merupakan pengikut setia blognya pada Julai tahun lalu.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén