Dua suspek samun di Sungai Petani berjaya ditahan

0
607

Dua suspek kes samun kedai dobi layan diri dan kedai serbaneka 24 jam di Sungai Petani, sudah ditahan oleh polis hari ini.

Perkara terseut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Kejadian yang berlaku selasa lalu, membabitkan seorang wanita yang sedang menggunakan perkhidmatan dobi layan diri diserang dua lelaki bersenjatakan parang, dan rakaman CCTV itu tular di media sosial.

Dalam tempoh 15 minit, dua lelaki tersebut menyamun sebuah kedai dobi 24 jam dan kedai runcit di Sungai Petani menyebabkan kerugian dianggarkan RM14,500.

Pada kejadian pertama pada 7 pagi, suspek menyamun seorang pensyarah wanita berusia 37 tahun ketika sedang bersendirian menunggu pakaian dibasuhnya di kedai dobi 24 jam di Bandar Puteri Jaya.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani selepas kerugian RM10,000.

Kejadian kedua berlaku 15 minit kemudian di kedai runcit 24 jam di Taman Ria apabila suspek sama masuk ke dalam premis itu dan berpura-pura ingin membeli kad pra bayar telefon.

Suspek merampas wang tunai RM1,500, tiga telefon bimbit dan beg silang mangsa yang mengandungi dua telefon bimbit membabitkan kerugian RM4,500.

Mengikut siasatan dan rakaman CCTV mendapati suspek adalah orang sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Selepas video itu tular, ramai netizen mula mengecam dan mengutuk perbutan tidak bermoral dua lelaki ini. Terima kasih kepada netizen yang banyak membantu menularkan gambar serta video kes ini untuk membantu siatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here