Portal berita terbaik anda

Jenayah

Dua polis ditahan didakwa peras ugut pasangan kekasih

Man in handcuffs

KOTA BHARU – Dua anggota polis ditahan dipercayai melakukan seks oral, mencabul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil aktiviti berkenaan dirakam dalam kejadian di Pengkalan Chepa, di sini, Jumaat lalu.

Dua anggota polis berusia 31 dan 35 tahun dipercayai turut melakukan peras ugut sebanyak RM1,250 selain turut menumbuk salah seorang mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata kejadian berlaku pada jam 10.45 malam ketika dua anggota polis sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan pasangan kekasih berusia 20-an yang berada dalam sebuah kereta di tepi jalan.

“Anggota polis polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang mangsa sambil mengugut dengan meminta wang RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama.

“Selepas memperoleh wang berkenaan yang diambil di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa menyuruh pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis.

“Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

“Susulan itu, kita menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kita mengambil kira semua dakwaan dan siasatan menyeluruh akan dijalankan. Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam kegiatan jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Loading...

Leave a Reply