Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Dua maut, seorang parah dirempuh kereta lawan arus

GEORGE TOWN – Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan kejadian berlaku pada kira-kira jam 8 malam melibatkan tiga motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Menurut polis, kereta tersebut dikatakan dipandu melawan arus dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar tiga buah motosikal berkenaan.

Dalam kejadian itu, dua mangsa masing-masing seorang wanita berusia 41 tahun, dan seorang lelaki berusia 58 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas dilanggar kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun.

Manakala seorang lagi lelaki berusia 21 tahun cedera dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Katanya setakat ini, pihak polis telah menahan pemandu tersebut untuk siasatan.

Pihak polis sedang menjalankan ujian alkohol dan air kencing ke atas pemandu kereta berkenaan bagi mengetahui sama ada pemandu berada di bawah pengaruh alkohol atau tidak.

Siasatan awal mendapati pemandu tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lain selain pernah mempunyai satu rekod bersabit kesalahan trafik.

Sementara itu, kejadian kemalangan itu telah mendapat perhatian netizen dan gambar kejadian turut di kongsi dimedia sosial.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén