Dua lelaki bunuh kucing bunting, sumbat dalam mesin dobi

0
668

PETALING JAYA: Dua lelaki bertindak kejam menyumbat seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering layan diri di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria di sini.

Insiden tersebut berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam Selasa, yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di Facebook.

Rakaman CCTV yang dikongsi oleh halaman Facebook Malaysian Response Team (MRT), menunjukkan kedua-dua lelaki merupakan pelanggan di kedai dobi tersebut, manakala kucing berkenaan terbiar dipercayai dari kawasan berdekatan.

“Amat menyedihkan apabila ibu kucing malang berserta anak dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah,” menurut status itu.

Keterangan bersama video tersebut disertakan kenyataan MRT dan Persatuan Haiwan Malaysia yang mengutuk tindakan berkenaan, sambil menyifatkan ia tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak, dan pesalah mungkin berdepan dengan hukuman mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here