Dua anak tiri CEO Cradle Fund direman 7 hari

0
89

KUALA LUMPUR – Dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada Jun lalu ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman terhadap remaja lelaki berusia 14 dan 16 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula hari ini sehingga 15 September ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, perintah tahanan reman itu dibuat selepas pihaknya menahan dua remaja tersebut di kediaman datuk mereka semalam.

“Mereka ditahan di Taman Tun Dr. Ismail kira-kira pukul 4 petang semalam untuk membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lalu, media me­laporkan dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan bagi membantu siasatan kematian Nazrin selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada leher­nya kesan daripada anak panah.

Menurut laporan itu lagi, ke­dua-duanya ditahan selepas soal siasat ke atas seorang wanita yang ditahan terlebih dahulu mendapati mereka mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menafikan laporan tersebut dan menegaskan jumlah tangkapan masih kekal dua orang iaitu seorang wanita dan bekas suami wanita ber­kenaan yang ditahan pada 4 September lalu.

Bekas suami wanita tersebut kemudian dibebaskan selepas tiga hari dalam tahanan reman.

Media sebelum itu melaporkan, Nazrin maut selepas terpe­rangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit milik mang­sa.

Bagaimanapun, pada 3 Ogos lalu, Fadzil mendedahkan kejadian yang disiasat sebagai mati mengejut itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas polis mendapat keputusan bedah siasat serta laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang me­nemukan kesan petrol dalam bilik Nazrin yang terbakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here