Portal berita terbaik anda

Politik

Dua ADUN PKR keluar parti, kerajaan PH Kedah tumbang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah tumbang hari ini, selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR mengumumkan keluar parti.

ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan rakannya, ADUN Lunas, Azman Nasrudin membuat keputusan itu dalam satu sidang media bersama, tengah hari ini.

Kedua ADUN berkenaan memberitahu, mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuat keputusan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

“Saya dan Robert Ling Kui berikrar memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mulai hari ini juga kami bukan lagi ahli dan ADUN PKR,” katanya pada sidang media di Kedah, hari ini

Dengan pengumuman itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi Menteri Besar Kedah, kerana PH negeri itu mempunyai 17 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula 19 kerusi. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply