DSV beri masa Aishah tempoh 7 hari, perlu penuhi 3 tuntutan

0
469

KUALA LUMPUR – Penaja utama program Gegar Vaganza musim lalu, Datuk Seri Dr. Vida mengemukakan tiga tuntutan kepada juara musim keempat program tersebut, Aishah sebelum dia memenuhi tuntutan penyanyi itu.

Dr. Vida atau Hasmiza Othman berkata, dia mengemukakan tiga tuntutan iaitu yang pertama, Aishah perlu memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan perkataan ‘berlian palsu’ terhadap hadiah barang kemas yang diberikan usahawan kosmetik itu.

Tuntutan kedua pula, kedua-dua pihak perlu bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dan Aishah atau Dr. Vida boleh menetapkan masa dan tempat.

Tuntutan ketiga pula, Aishah perlu memadam semua kenyataan yang dikeluarkan dalam media sosial milik penyanyi itu.

Dalam pada itu, Dr. Vida berkata, Aishah perlu memenuhi tuntutan tersebut dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

“Saya tidak ada masalah untuk memohon maaf dan memenuhi tuntutan Aishah yang lain. Tetapi dia perlu memenuhi tuntutan saya terlebih dahulu.

“Saya sudah berusaha untuk bertemu dengan dia tetapi tiada jawapan. Saya juga bersedia untuk bersemuka dengan Aishah pada masa dan tempat yang ditetapkan.

“Saya akan cuba penuhi tuntutan dia. Sekiranya dia enggan, perkara ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Dr. Vida yang ditemani peguamnya, Zailan Mohd ditemui ketika satu sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here