Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Dr Streram berjanji mahu bina balai bomba di Rantau

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Rantau, Dr S Streram berjanji akan membina sebuah balai bomba sekiranya beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau nanti.

Dr Streram berkata, beliau kecewa dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal menyediakan kemudahan asas di DUN tersebut walaupun menjadi wakil rakyat di situ sejak 2004 lagi.

“Saya akan selesaikan masalah yang gagal diselesaikan oleh bekas Menteri Besar sejak 15 tahun lalu iaitu membina satu balai bomba,” katanya dalam satu rakaman video.

Bagaimanapun, janji Dr Streram itu dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana Rantau memang sudah ada balai bomba yang dibina sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Ini sekaligus menimpulkan persoalan di kalangan netizen adakah Dr Streram benar-benar mahu membina balai bomba atau dia hanya cakap lepas dari mulut sahaja.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén