Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Dr Ridhuan mahu Adun DAP ini dihantar balik ke China

BANGI – ‘Terlalu biadab. Di kala umat Islam seluruh dunia bersedih pembunuhan di Christchurch, wakil rakyat DAP boleh pula kaitkan dengan permuafakatan UMNO dan PAS. Langsung tiada sensiviti”.

Demikian luahan marah dan kesal pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin apabila mengaitkan serangan ke atas masjid di New Zealand, dengan kerjasama UMNO dan PAS.

Dia mendakwa, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Sebelum menarik balik kenyataan itu, dia kononnya bimbang mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

“Persepakatan UMNO dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali. Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing…,” kata Chong Sin.

Menyelar kenyataan tidak berakhlak itu, Ridhuan Tee yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menegaskan, sehingga hari ini golongan bukan Islam tidak pernah dipinggir atau ditindas.

Beliau berkata, wakil rakyat parti tamak haloba itu sebenarnya tidak layak untuk menetap di negara yang tidak pernah mendiskriminasi kaum lain.

“Hantar balik wakil rakyat ultra kiasu ke China. Biar dia rasa duduk dalam negara komunis. Dia tak layak tinggal di negara ini.

“Saya fikir amat malang sekali pengundi yang memilih beliau menjadi wakil rakyat. Pemikirannya seperti komunis. Lebih 60 tahun merdeka masih tak kenang hati budi Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Kelmarin, kira-kira 50 jemaah yang sedang solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand terbunuh selepas pengganas melepaskan tembakan secara rambang.

Pengganas yang dikenali sebagai Brenton Tarrant, berusia 28 tahun mempunyai niat membunuh merakam secara langsung di Facebooknya serangan yang dilakukannya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén