Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Dr Rafidah bengang jurujual penapis air terlampau ‘overclaim’ produk

Boleh dikatakan kebanyakan peniaga dan usahawan sekarang sanggup menyebarkan informasi yang tidak betul semata-mata untuk mengaut keuntungan. Disebabkan itu, ramai pengguna menjadi mangsa produk mereka.

Baru-baru ini, pakar buah pinggang Dr. Rafidah Abdullah mempersoalkan kenyataan seorang jurujual penapis air terkenal yang mendakwa produknya itu baik untuk kesihatan dan buah pinggang.

Isu bermula apabila jurujual tersebut meninggalkan komen pada seorang netizen yang menggunakan air paip dimasak kerana tidak mampu membeli penapis air.

Jurujual itu memberitahu agar menggunakan penapis air serta mengatakan apa yang paling penting adalah kesihatan dan bukan harga produk tersebut. Kata jurujual itu lagi, ramai yang tidak tahu betapa kotornya air paip di rumah kita.

Komen tersebut menarik perhatian Dr Rafidah yang menyifatkan jurujual tersebut memberikan fakta yang tidak benar. Malah Dr. Rafidah turut meminta agar jurjual tersebut memberikan bukti dimana penapis air mampu menyelamatkan buah pinggang.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat Dr Rafidah. Netizen turut menasihatkan individu tersebut agar tidak mengeluarkan kenyataan sendiri tanpa sebarang bukti.

Tiada salahnya untuk menjual apa saja produk di pasaran, tetapi janganlah sesuka hati memberikan fakta tidak tepat kepada pengguna hanya untuk mendapatkan keuntungan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén