Portal berita terbaik anda

Viral

Pakcik beli iPhone disuruh pergi umrah, rupanya doktor terbaik di Kelantan

SEJAK iPhone 11 tiba di Malaysia, pelbagai kisah para pembeli tular di laman media sosial. Namun terdapat segelintir netizen yang kurang senang melihat ‘kemewahan’ orang lain.

Itu terjadi kepada seorang warga emas yang menjadi pembeli pertama iPhone 11 Pro Max di sebuah kedai telefon di Kota Bharu, Kelantan.

Gara-gara kelihatan sudah berusia dan memakai kopiah, sudah tentu ada ‘suara sumbang’ yang meminta agar beliau menghabiskan sahaja wang ringgit untuk menunaikan umrah.

Tapi lebih mengejutkan apabila mengetahui warga emas itu bukan calang-calang orangnya.

Beberapa pengguna laman Twitter mendedahkan bahawa beliau merupakan doktor pakar di sebuah hospital swasta di negeri ini.

Pemilik nama Dr. Awang Nila Ismail itu rupa-rupanya memang terkenal sebagai salah seorang pakar terbaik kerana banyak membantu pesakit yang rata-rata memberikan maklum balas positif.

Netizen juga meninggalkan pesanan agar tidak menilai seseorang itu dari segi luaran semata-mata. Malah ada yang berkata, orang Kelantan tidak suka menunjuk-menunjuk walaupun memiliki kemewahan.

Loading...

Leave a Reply