Portal berita terbaik anda

Utama

Dong Zong anjur himpunan bantah tulisan Jawi Isnin ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) akan menganjurkan himpunan bagi membantah penambahan seni khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular yang dirancang dilaksanakan mulai tahun depan.

Menurut portal mysinchew.com.my, himpunan itu akan diadakan di Ibu pejabat Dong Jiao Zong di Jalan Bukit, Kajang, dekat sini, Isnin depan.

“Himpunan itu akan dihadiri lebih 10 organisasi pendidikan Cina dan Tamil di negara ini,” katanya memetik laporan portal tersebut, hari ini.

Dalam perkembangan sama, seorang sarjana pendidikan yang enggan mendedahkan namanya kepada Sin Chew Daily berkata, tulisan jawi bukan sebahagian daripada bahasa Melayu dan tidak pernah dimasukkan dalam buku teks Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia sejak 60 tahun lalu.

“Jawi hanya sebahagian daripada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah.

Dong Zong dan Jiao Zong menegaskan seni khat dan tulisan jawi yang akan dimasukkan sebagai sebahagian sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun depan adalah tidak sesuai kerana tidak mempunyai hubungan secara langsung. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply