Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Doktor wanita berdarah kepala dipukul bekas suami

SEORANG doktor wanita cedera dipukul bekas suami yang juga seorang doktor sampai berdarah kepala.

Menurut sumber, wanita itu dipukul kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berkaitan hak penjagaan anak yang masih berjalan di mahkamah.

Suspek juga turut memukul kepala bapa mangsa ketika dalam perjalan pulang dari mahkamah, semalam.

Bapa mangsa

Mangsa telah beberapa kali membuat laporan polis berhubung keganasan yang dicetuskan suspek tetapi tiada sebarang tindakan dari pihak berwajib sehingga kini.

Sementara itu, ibu saudara mangsa memberitahu, pihak polis memberikan alasan tiada bukti kukuh untuk menahan suspek.

Diharap dengan adanya bukti ini, pihak polis dapat mengambil tindakan selanjutnya sebelum suspek bertindak dengan lebih kejam selepas ini.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén