Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Doktor skandal dengan bini orang kena belasah, adik ipar dedah cerita sebenar!

VIRAL di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai doktor di sebuah klinik swasta ditumbuk bertubi-tubi ketika dia sedang bertugas.

Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat itu, doktor tersebut bukan saja dipijak malah diterajang individu terbabit yang dikenali sebagai Aiman.

Namun, dia bernasib baik apabila seorang wanita tampil menghalang tindakan tersebut daripada terus dikasari.

Menurut sumber, doktor berkenaan dibelasah kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri Aiman yang merupakan seorang jururawat.

Difahamkan, wanita terbabit telah bermain kayu tiga antara 8-10 bulan sepanjang ketiadaan suaminya yang bekerja di Dubai.

Berdasarkan maklumat, jururawat tersebut telah bertemu dengan doktor berkenaan buat kali pertama untuk mendapatkan sijil sakit (MC) di klinik itu.

Namun, doktor tersebut dituduh cuba memikat isteri Aiman manakala wanita itu juga dikatakan ‘melayan’ permintaan lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan mereka berdua terbongkar setelah Aiman telah mengintip pergerakan isterinya menerusi beberapa rakaman CCTV.

Lebih mengejutkan, doktor berkenaan turut bergelar suami orang.

Dalam pada itu, adik kepada jururawat terbabit tampil mempertahankan kakaknya.

Menurutnya, wanita itu seringkali dituduh curang oleh suaminya sepanjang mereka hidup bersama.

Tambahnya lagi, kakaknya sudah bosan dengan sikap suami kerana tidak mempercayainya dan gemar melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén