Bengang servis klinik kerajaan lembap, gadis ini kecam doktor makan gaji buta

0
857

Seorang gadis telah memuat naik satu tweet bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya ketika menerima rawatan di sebuah klinik kerajaan, baru-baru ini.

Ingat aku takde kerja lain ke nak tunggu?

Gadis yang dikenali sebagai Belle Yahaya itu berang kerana terpaksa menunggu lama untuk bertemu dengan pakar Ortopedik walaupun dia telah datang untuk temujanji 15 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan.

Menurut Belle, dia terpaksa menunggu lebih satu jam sebelum namanya dipanggil.

Celah mana gaji buta diknon?

Tweet Belleza itu telah menarik perhatian beberapa orang doktor yang kemudiannya telah tampil memperjelaskan situasi sebenar dan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Menurut mereka, jumlah pesakit yang menerima rawatan setiap hari terlalu ramai dan tiada istilah makan gaji buta bagi mereka. Mereka juga berbesar hati sekiranya pesakit memilih untuk menerima rawatan di klinik swasta.

Kalau dah cheapskate, sabar lah!

Bukan setakat golongan doktor sahaja yang tidak bersetuju dengan tweet Belleza itu, bahkan pengguna yang lain juga mengkritik hebat.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa ini adalah perkara yang sangat biasa dan tidak mengejutkan lagi. Malah status seperti ini yang tidak seharusnya dimuat naik.

Ketahui dan fahamilah tugas dan tanggungjawab seorang doktor cukup berat. Realitinya bukan semua orang mampu dan sanggup untuk memikul tanggungjawab seberat itu demi mengubati pesakit.

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here