Portal berita terbaik anda

Utama

Doakan Mufti Perak, kini sedang dirawat di ICU akibat Covid-19

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Anak kepada Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi ketika dihubungi memaklumkan secara ringkas status terkini kesihatan bapanya yang sedang dirawat.

“Abah memang di ICU dan mak pula semakin pulih dan ada di rumah,” katanya.

Ahmad Wafi sekali gus turut menafikan berita tular di media sosial yang mengatakan ibunya sudah meninggal dunia adalah palsu.

“Berita tular kata isteri mufti Perak meninggal dunia, itu adalah palsu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa setakat ini, Harussani sedang dirawat di pusat perubatan berkenaan.

“Kami dimaklumkan bahawa Tan Sri (Harussani) masih sedang dirawat di HRPB, manakala isteri dan anaknya pula sudah ‘discharged’.

“Kita meminta marilah kita semua sama-sama mendoakan akan kesembuhan Mufti Perak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Loading...

Leave a Reply