Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Doakan kesembuhan buat Khalis Spin…’

ADIK kepada Allahyarham Achik Spin, Khalis dikhabarkan sedang sakit ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Rumah Penerbitan yang meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat penyanyi berusia 33 tahun itu.

“Khalis adalah adik kepada Allahyarham Achik Spin dikhabarkan sedang sakit ketika ini. Beliau yang popular dengan lagu Semakin Rindu nyanyian bersama kumpulan The Real Spin.

“Mohon doa bersama agar beliau kembali pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan kita bersama,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran tersebut juga turut dimuat naik gambar terkini Khalis yang kelihatan kurus dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya.

Difahamkan, Khalis yang juga abang kapada penyanyi Tajul itu mempunyai seorang isteri dan menanggung anak berusia antara 17 hingga enam tahun.

Loading...

Leave a Reply