Portal berita terbaik anda

Utama

Doakan Agong cepat mati, lelaki Indon ini padam akaun Facebook

Biadab! Netizen berang dengan tindakan kurang ajar seorang lelaki dari seberang yang memuat naik komen “Cepat mati yaa” yang ditujukan kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, semalam.

Suspek, Al Azami, berasal dari Pamekasan, Indonesia melakukan perbuatan itu ketika siaran langsung menerusi Facebook yang disiarkan media tempatan.

Tindakannya itu mengundang kemarahan netizen yang kemudian sempat mengambil screenshot segala maklumat Facebooknya sebelum suspek bertindak menyah-aktifkan akaunnya setelah menyedari dirinya dikecam teruk.

Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap suspek atas tuduhan menghina dan memuat naik komen yang jelik dengan sengaja menyakitkan hati.

Loading...

Leave a Reply