Disangkakan kebakaran, rupa-rupanya ‘bomoh muda’ punya angkara

Zaman sudah makin ke depan dan kita juga bakal masuk ke tahun 2022 berbaki 6 bulan lagi, namun pemikiran kolot masyarakat yang meletakkan kepercayaan pada benda khurafat masih jelas berlaku.

Akibat iri hati dengan kebahagiaan orang lain, mereka sanggup membayar pengeras sihir berjumlah besar kepada ‘dukun moden’ bagi merosakkan kehidupan sesiapa yang diingini.

Sebentar tadi, pengguna Facebook Akhi Ahmad Reedha mendedahkan satu kejadian yang cukup mengejutkan ramai.

Dalam satu rakaman di waktu malam yang gelap di sebuah kawasan kediaman bertingkat, salah satu rumah didapati kelihatan seperti terbakar ekoran api yang semakin marak dari balkoni.

Disangkakan kebakaran terjadi tanpa disedari, namun situasi bertukar mencurigakan kerana pemilik rumah nampak tenang malah boleh berjalan di sekitar api yang semakin besar.

Namun siapa sangka, kedatangan bomba bagi menyelamatkan keadaan membongkarkan satu kebenaran lain.

Rumah yang diduduki seorang lelaki berusia 25 tahun itu rupa-rupanya adalah ‘markas’ kegiatan sihir dan santau.

Sukar dipercayai, dapat dilihat begitu banyak gambar orang beserta nama penuh yang sudah dicetak untuk dijadikan sasaran kegiatan syirik itu.

Malahan terdapat pelbagai bahan lain seperti telur, lilin, tempayan serta patung yang bersepah di atas lantai.

Loading...

Leave a Reply