Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Dirempuh lori ketika tunggu tepi jalan, pasangan kekasih temui ajal bersama

SEORANG penunggang motosikal maut bersama kekasihnya dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban di Seremban, malam tadi.

Kemalangan itu membabitkan lori tangki, lori membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) dan dua motosikal.

Mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Muhammad Idham Baharudin, 20; pemboncengnya Anismalina Jamaludin, 20; dan pemandu lori V Ravendran, 26.

Manakala mangsa yang cedera ialah penunggang motosikal Abdul Hafis Suhaimi, 26, dan pemandu lori Darul Aman Ahmad, 38.

Tunggu tepi jalan sebab motosikal rosak…

Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Muhammad Idham dari Seremban ke Kajang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di lorong kecemasan. Abdul Hafis yang berada di belakang berhenti dan memberi bantuan kepada penunggang serta pembonceng terbabit.

Lori membawa muatan LPG dari arah sama berhenti di lorong kecemasan dan turut membantu.

Kena rempuh meninggal, tersepit bawah lori

Selepas itu, datang lori simen dari arah belakang lalu melanggar lori LPG berkenaan menyebabkan lori itu bergerak ke hadapan dan merempuh empat mangsa.

Akibat rempuhan itu Muhammad Idham dan Anismalina meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa cedera. Pemandu lori simen turut meninggal dunia.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut

Leave a Reply

Theme by Anders Norén