Portal berita terbaik anda

Utama

Dirasmi dengan solat Jumaat, pasaraya Malakat Mall mula beroperasi hari ini

Kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall menempa sejarah tersendiri apabila mula beroperasi hari ini selepas hampir enam bulan membuat persiapan.

Lebih menarik perhatian apabila majlis perasmian itu turut serta mengadakan solat Jumaat yang dihadiri pengunjung dan jemaah sekitarnya di ruang legar utama kompleks berkenaan.

Seorang pengguna Twitter, Zaryna Syafinaz memuat naik beberapa keping gambar suasana sekitar pembukaan kompleks tersebut yang pastinya akan menerima sokongan pembeli yang mengutamakan produk tempatan.

Malakat Mall merupakan satu-satunya pusat beli-belah di negara ini yang mempraktikkan amalan patuh syariah dan menghidupkan syariat Islam seperti laungan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat.

Malah, difahamkan solat Tarawih juga akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan akan datang.

Menurut pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim, kompleks membeli-belah itu antara usaha mengubah sistem ekonomi kapitalis kepada sistem Islam yang lebih adil dan bebas riba.

“Malakat Mall adalah milik kita semua, milik pengguna Islam kerana setiap perbelanjaan akan di pulangkan kembali kepada pengguna melalui pemberian dividen,” katanya.

Loading...

Leave a Reply