Portal berita terbaik anda

Utama

Dinobat doktor terbaik dunia, ini kata-kata Dr Hisham yang sangat merendah diri

Semasa sesi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang tadi, seorang wartawan telah bertanya satu soalan seperti berikut:

“Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai tiga pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Nak tahu apa jawapan beliau?

Sungguh humble dan down to the earth. Saya dengar pun rasa terharu. Dia jawab (lebih kurang):

“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada NEGARA. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan. Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.”

Dan ayat seterusnya lebih kepada beliau memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian yang memberikan kerjasama dan rakyat Malaysia.

Dia LANGSUNG TAK ambil sebarang kredit di atas pengiktirafan ini. Dia lebih sandarkan pengiktirafan itu kepada rakyat, barisan hadapan, semua kementerian khususnya KKM, Perdana Menteri dan negara.

Allahu Akhbar.

Such a humble person. Di saat dia boleh mengangkat dirinya setinggi mungkin, namun dia tetap memilih untuk mengangkat orang dan pihak lain khususnya negara.

Moga kita dapat mencontohi peribadinya yang penuh rendah diri. Terima kasih KKM, bukan setakat menyelamatkan kami, bahkan mengajarkan kami untuk merendah diri.

Anda sempat dengar?

Kalau tak, pergilah dengar kejap. Kalau nak skip kepada sesi soal jawab pun okay je. Cari soalan daripada seorang wartawan lelaki yang bertanya soalan dalam bahasa Melayu.

Hayati kata-kata DG KKM kita, Datuk Noor Hisham Abdullah.

Sumber: tarbiah sentap

Dr Noor Hisham antara doktor terbaik di dunia tangani krisis Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.

Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.

Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.

Loading...

Leave a Reply