Portal berita terbaik anda

Viral

Dilarang hisap rokok di stesen minyak, Lando Zawawi lapor polis

Sejak semalam, kecoh di Facebook apabila aktivis terkenal Lando Zawawi meluahkan rasa tidak puas hati kerana ditegur oleh pekerja stesen minyak.

Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi bengang kerana pekerja bangla itu melarangnya merokok di kawasan stesen minyak tersebut.

Menurut Lando, dia pada ketika itu berada di dalam keretanya selepas selesai mengisi minyak di stesen Petron Setia Alam. Ketika mahu beredar, Lando mahu menyalakan rokoknya.

Walau bagaimanapun, sebelum dia sempat berbuat demikian, dia telah dihampiri oleh pekerja tersebut yang menjerit ke arahnya supaya memadamkan kembali rokok yang baru dinyalakan.

Tambah Lando lagi, pekerja tersebut turut ‘mengancam’ dirinya dengan menghalakan alat pemadam api ke arahnya serta mengugut mahu menyembur pemadam api itu sekiranya dia enggan berbuat demikian.

Apa gila sawan lembu ke staf Petron ni?

Selain itu, Lando turut memuat naik video rakaman CCTV yang merakamkan insiden tersebut di Facebooknya.

Hantar pekerja pergi kelas sivik dulu

Bagi menyelesaikan isu tersebut, Lando telah menuntut supaya pekerja Bangla itu membuat permohonan maaf kepadanya selain meminta supaya pekerja tersebut lebih berhati-hati ketika menegur pelanggan lain di stesen minyak itu pada masa akan datang.

Tak pernah lagi dengar boleh nyala atau hisap rokok kat stesen minyak

Isu yang hangat ini turut mendapat perhatian seorang personaliti televisyen, Zuan Azmi yang kemudiannya telah berkongsi pandangannnya di Facebook.

Zuan memuji tindakan tegas pekerja stesen minyak itu selain menasihatkan supaya Lando mengakui kesilapannya dan tidak menegakkan benang yang basah.

Menurut Zuan, kawasan stesen minyak sememangnya telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok sejak dari dahulu lagi.

Meskipun perkara ini telah dianggap selesai dengan pemohonan maaf daripada pekerja stesen minyak tersebut. Lando hari ini telah memuat naik sekeping laporan polis yang telah dibuatnya berikutan isu tersebut.

Di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, stesen minyak telah diwartakan sebagai salah satu daripada 21 kawasan yang dilarang untuk merokok.

Loading...

Leave a Reply