Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Dikecam gara-gara rakam video kemalangan akibat microsleep

TERLELAP seketika ketika memandu atau microsleep menjadi antara punca berlakunya kemalangan jalan raya. Ia terjadi apabila individu terbabit mengalami keadaan di mana otaknya tidur tetapi sensori seperti mata, tangan dan kaki masih aktif.

Keadaan tertidur seketika ini berlaku dalam tempoh singkat dengan jangkamasa antara satu hingga lima saat tetapi boleh menyebabkan kemalangan jika individu itu sedang mengendalikan jentera atau kenderaan.

Tular di media sosial, satu rakaman video yang memaparkan detik sebuah kereta merempuh belakang sebuah lori dipercayai pemandunya mengalami microsleep.

Menerusi rakaman berdurasi 45 saat itu, dapat dilihat keadaan kereta tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum tersasar dari laluannya lalu merempuh lori yang berada di hadapan.

Berikutan itu, netizen mempersoalkan tindakan individu yang merakam video tersebut yang tidak memberikan hon bagi memberi amaran kepada pemandu kereta terbabit atau sekurang-kurangnya menyedarkannya daripada tidur.

Setakat ini, tidak dikenal pasti identiti dan keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Diharapkan, kejadian ini menjadi iktibar buat kita supaya bertindak bijak jika terjadi kecemasan yang sebegini rupa.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén