Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Dijaga datuk dan nenek, tujuh beradik yatim piatu rayu bantuan

DUNGUN – Waris kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Felda Kerteh 2/3, di sini, pada Jumaat lalu melancarkan kutipan derma daripada orang ramai untuk membantu tujuh anak mangsa yang kini bergelar yatim piatu bagi meneruskan kehidupan.

Perkara itu disebarkan oleh seorang pengguna Facebook, Hajar Jaafar yang memohon sekiranya terdapat individu bermurah hati bagi menghulurkan bantuan terutama dalam bentuk yuran dan pakaian sekolah.

Terdahulu, Kamal Hisham Mustaffa, 35, dan isterinya, Norhapisah Idris, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Difahamkan pasangan itu mempunyai enam anak dan seorang anak angkat.

Dua anak pasangan iaitu Muhammad Danish Irfan Kamal Hisham, 11, dan seorang anak angkat Muhammad Danial Abdullah, 12 mengalami cedera parah di kepala.

Manakala empat lagi anak pasangan terbabit berada di rumah ketika kejadian.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén