Portal berita terbaik anda

Viral

Dihina ibu bekas kekasih sebab kerja kilang, gadis ‘move on’ bakal kahwin tentera

Menghitung hari untuk bergelar isteri, seorang gadis meluahkan rasa syukur apabila masih ada insan yang sudi menerima dirinya setelah melalui pengalaman dihina oleh keluarga bekas kekasih sebelum ini.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Faten Syazwani mengakui kecewa apabila sumber rezeki sebagai pekerja kilang dipandang rendah oleh ibu bekas kekasihnya.

@cikfatensyazwaniMaaf laju sangat 🙏🏻##WeDoDanceChallengeMY ##esekeli ##fypシ ##foryoupage ##tiktokmalaysia ##fypdongggggggg ##fypシ

♬ Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

“Maaf la dik, makcik tak nak menantu kerja kilang. Nanti cucu makcik semua takde pelajaran,” kata ibu kepada lelaki berkenaan.

Luka di hati siapa yang tahu, sejak berlaku peristiwa itu, Faten atau mesra disapa Ateyn mula mengambil keputusan bagi menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.

“Aku buat dia benci aku. Aku langsung tak cerita pasal mak dia hina aku. Walau macam mana pun, aku tak nak dia benci mak dia,” katanya.

Kini, gadis berusia 24 tahun itu teruja untuk mendirikan rumah tangga dipercayai bersama seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Sahrizal selepas melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu juga, Faten bersyukur kerana keluarga bakal suami menerima dia seadanya tanpa memandang jenis pekerjaan sebaliknya ikhlas atas dasar cinta.

“Alhamdulillah, lagi beberapa hari aku bergelar isteri orang. Keluarga bakal suami terima aku seadanya, mak dia dah anggap aku macam anak sendiri,” ujarnya.

Sumber: TikTok @cikfatensyazwani

Loading...

Leave a Reply