Digi tawar Internet tanpa had percuma selama 61 hari

0
69

Digi telah bermurah hati untuk menawarkan Internet tanpa had secara percuma selama 61 hari sempena Hari Kebangsaan 2018.

Menurut pihak telco berkenaan, tawaran tersebut akan bermula pada 1 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018.

Ia disediakan selama 12 jam sehari iaitu bermula 12 tengah malam hingga 12 tengah hari.

Untuk menikmati tawaran ini, pengguna perlulah melanggan pakej pascabayar berharga RM38 dan ke atas, atau melanggan pakej Prabayar Internet bernilai RM38 dan ke atas, atau Prepaid Digi Home Broadband RM60 dan ke atas.

Bagaimanapun, Digi mengehadkan penggunaan untuk tujuan P2P dan tethering.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here