Didakwa jalin hubungan dengan Aliff Aziz, IG Oktovia Manrose diserang netizen

Sebelum ini Bella Astillah mendedahkan yang suaminya, pelakon Aliff Aziz sudah seminggu tidak pulang ke rumah dan seterusnya dia menerima tiga video suaminya dan seorang pelakon telefilem yang menggelar dirinya sebagai Via sedang berpelukan dan mabuk di sebuah kelab.

Video suaminya dikatakan berpelukan dan mabuk bersama pelakon wanita itu dan Bella mempunyai tiga rakaman video kejadian itu, yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali.

Kini Instagram pelakon Oktovia Manrose dihujani komen-komen Netizen yang menghentamnya kerana merapati aktor yang juga penyanyi itu.

Aliff telah berkahwin dengan Bella Astillah dan telah dikurniakan seorang anak lelaki.

Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Octovia Wan Syahman, 27, merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan.

Oktovia ialah anak kepada penyanyi dangdut terkenal 90-an, Iwan dan isterinya pelakon Rosnah Abdul Rahman dan juga sepupu kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose.

Aliff dan Oktovia baru-baru ini berlakon bersama dalam sebuah telefilem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *