‘Dia cakap tak nak tidur di rumah saya lagi’ – Kakak mangsa

0
421

SUNGAI BULOH – “Saya mungkin tidak tidur di rumah kakak lagi, saya akan tidur di tempat lain, di mana-mana,” itulah kata-kata terakhir Noorakhirludin Alam Mohamad Noor, 47, yang maut dalam satu kemalangan di Kilometer 446 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di sini hari ini.

Baca: Empat maut dalam kemalangan libatkan enam kenderaan

Kakak mangsa, Noor Bunga Mawarraya Mohamad Noor, 49, berkata, dia menerima panggilan daripada adiknya awal pagi tadi yang memaklumkan mereka sekeluarga tidak singgah ke rumahnya di Cheras, Kuala Lumpur kerana ingin terus menuju ke Bangi dan Cyberjaya.

“Mereka sekeluarga menetap di Bertam, Pulau Pinang dan sering datang ke sini untuk melawat dua anak mereka yang kini belajar di Bangi dan Cyberjaya.

“Anak kedua mangsa, Ezzra, 15, belajar di Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri, Cyberjaya manakala anak ketiga, Faris,14, pula sedang mengikuti Program Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Faris (kiri) ditenangkan ibu saudaranya, Noor Bunga selepas bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, hari ini.

Noor Bunga menambah, kebiasaannya Noorakhirludin Alam akan singgah ke rumahnya untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan tetapi kali ini tidak.

Tambahnya, beliau sekeluarga terkejut dengan kejadian tersebut kerana sebelum ini arwah tidak menunjukkan apa-apa petanda yang pelik sebelum kejadian hari ini.

Noorakhirludin Alam meninggalkan seorang balu, Maskiah, 40-an dan empat anak berumur antara 17 hingga 11 tahun. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here