Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Derita penyakit hati kronik, bayi lapan bulan perlu bantuan RM160,000

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang berasal dari Terengganu berharap anak perempuan mereka membesar dalam keadaan sihat selepas melakukan pembedahan pemindahan hati.

Bekas penjawat awam, Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman, 27, berkata, anaknya yang berusia lapan bulan itu menghidap biliary atresia sejak lahir dan pernah menjalani pembedahan Ogos lalu namun tidak berjaya.

Katanya, Tuan Nur Raisha Mikayla sepatutnya menjalani pemindahan hati yang didermakan oleh isterinya, Siti Nur Amira Ibrahim, 27, pada 20 Februari ini di dalam negara melalui bantuan seorang pakar dari China.

Bagaimanapun, Tuan Muhammad Shahrul Azlan memberitahu, pembedahan terpaksa dilakukan di India dan kosnya mencecah RM160,000.

“Setakat ini, jumlah yang terkumpul ialah RM11,000. Jika boleh kami tidak mahu menangguhkan pembedahan itu kerana keadaan anak semakin kronik dan perlu dirawat segera,” katanya.

Katanya, dana terkumpul itu adalah daripada sumbangan orang ramai dan keluarganya sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan bagi membolehkan pembedahan itu dilakukan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan ke akaun Maybank Tuan Muhammad Shahrul Azlan (5130 4123 1892).

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén