Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Demi sesuap rezeki, rider Foodpanda bawa anak hantar pesanan pelanggan

KERJAYA sebagai rider penghantar makanan bukanlah asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun, tidak ramai yang tahu mengenai pengorbanan segelintir mereka yang terpaksa meredah panas dan hujan bagi memastikan tugas mereka dapat dilaksanakan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai eejad telah berkongsi satu gambar seorang rider yang sedang bertugas bersama  anaknya yang diletakkan di dalam raga motosikal.

Gambar itu telah meruntun hati netizen yang sebak melihat pengorbanan seorang lelaki bergelar ayah dalam membesarkan anaknya.

Dalam tweet tersebut, eejad turut menitipkan doa agar pemuda itu dipermudahkan segala urusan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Sementara itu, rata-rata netizen yang melihat perkongsian tersebut malhirkan rasa bangga dan terharu di atas ketabahan lelaki itu dalam mencari rezeki yang halal buat keluarganya.

Ada juga yang sebak apabila turut teringat akan pengorbanan ibu bapa di kampung sehingga berjaya membesarkan anak masing-masing sampai berjaya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén