Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Demi sesuap nasi, lelaki lumpuh gigih merangkak jual minyak angin

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun memiliki kekurangan dari segi fizikal, seorang lelaki yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) gigih mencari rezeki dengan menjual angin di Pantai Murni, Yan, Kedah.

Menurut sumber, lelaki yang lumpuh dari pinggang ke bawah itu hanya mampu merangkak untuk menjual barang niaganya.

Setiap hari, lelaki yang berasal dari Jitra itu akan menumpang kereta jirannya untuk berniaga di Pantai Murni.

Berikutan itu, beberapa individu telah menyeru agar sesiapa yang berada di sekitar kawasan Patai Murni agar sama-sama meringankan bebannya dengan membeli minyak angin yang dijual.

Semoga ia sedikit sebanyak membantunya dalam mencari rezeki halal.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén