Demi rezeki cari pokok paku aji untuk dijual, Kimi maut jatuh gaung!

Dalam keadaan kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid-19 sekarang, apa sahaja kerja yang boleh mendatangkan wang akan dibuat walaupun terpaksa mengambil risiko.

Bagi seorang anak muda bernama Amir Hakimi yang berusia 22 tahun, dia gigih memanjat gunung untuk mencari pokok paku aji yang amat digilai ramai sebagai pokok hiasan.

Namun semalam nasibnya tidak berapa baik Kimi terjatuh ke dalam gaung dari ketinggian 100 meter ketika berada di atas Gunung Gua Sireh.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati mangsa ke gunung itu bersama rakan sekampung dikenali Noh Othman, 32 tahun.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian 100 meter dan parah di kepala, serta disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.

“Kami menerima panggilan dari Hospital Baling (HB) mengenai kejadian pada jam 12.30 tengah hari,” katanya.

Syed Basri berkata, mayat di hantar ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak ada unsur jenayah.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *